Sekolah khas pula terima ancaman bom di Sitiawan

Iklan

LUMUT - Polis Perak menerima satu lagi laporan berkaitan ancaman bom di sebuah sekolah khas di Sitiawan dekat Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, laporan diterima daripada guru besar sekolah berkenaan sekitar jam 2 petang.

Iklan
Iklan

"E-mel tersebut lebih berunsurkan kepada ugutan jenayah dengan menyatakan 'bahan letupan telah ditanam di sekolah' yang telah mendatangkan kebimbangan secara menakutkan pihak sekolah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu terlibat.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suhailah Sahabat di talian 016-5845480 bagi membantu siasatan.