Hanya peruntukan RKP untuk ADUN pembangkang di Kelantan

Iklan
Mohd Nassuruddin

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang hanya menerima peruntukan di bawah Rancangan Kecil Pembangunan (RKP) berjumlah RM250,000 sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, peruntukan tambahan lain yang diterima oleh ADUN kerajaan negeri tidak akan diberikan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, ini kerana ADUN pembangkang di negeri itu turut menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

"Setakat ini kita hanya umum RKP kerana dimaklumkan ADUN pembangkang terima peruntukan daripada kerajaan pusat lebih besar daripada apa yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Iklan

"Jadi kalau kita beri semua sama bermakna akan jadi tidak adil kerana ADUN-ADUN kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada pusat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Mohd Syahbuddin Hashim (Galas-BN) pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, pada Khamis.

Iklan

ADUN Meranti itu berkata, pihaknya boleh berbincang sekiranya ADUN pembangkang tidak menerima peruntukan daripada pusat.

Menurut beliau, peruntukan RKP untuk tahun ini telah pun disalurkan.