[WACANA SINAR] Kemaman kubu kuat siapa?
Iklan
Susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan wakil Pas di Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 2 Disember nanti sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut bagi memilih semula wakil rakyat di sana.
Berbanding PRU15 yang menyaksikan pertembungan empat penjuru, PRK kali ini di Kemaman hanya melibatkan dua parti iaitu Pas selaku penyandang, dan Barisan Nasional (BN) sebagai pencabarnya.