'Konsert Coldplay bukan semata-mata soal sokong Palestin'

Iklan
Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR - Kebenaran penganjuran konsert Coldplay yang dijadual berlangsung pada Rabu di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini perlu mengambil kira budaya hedonisme yang akan dibawa masuk dalam masyarakat.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyebut bahawa kumpulan tersebut memberikan sokongan kepada Palestin... Ia bukan isu memberikan sokongan atau tidak kepada Palestin semata-mata.

"Tetapi budaya hedonisme (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan), yang nak dibuat dalam masyarakat.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pada sesi dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) sebelah pagi, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berhubung keputusan pembatalan penganjuran konsert Coldplay.

Iklan

Sebelum ini Luqman dilapor menasihatkan orang ramai agar tidak menyokong penganjuran konsert berkenaan yang disifatkan jelas bertentangan nilai murni dan budaya di negara ini.

Katanya, penganjuran Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, itu adalah program melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, KBS sepatutnya memainkan peranan menerapkan kesedaran dalam kalangan belia, khususnya melibatkan pemuzik antarabangsa yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

"Pemuzik antarabangsa yang terlibat isu LGBT secara terang-terangan, ini tak boleh...

"Belia harus dielakkan daripada terlibat perkara ini, dalam keadaan kontroversi video 'MR H' dan sebagainya. Ini masanya belia kita diingatkan menghindari perkara-perkara seperti ini," ujarnya.