PRK Kemaman: UMNO juga pejuang, dukung cita-cita Islam - Ahmad Maslan
Iklan
UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaannya. Gambar kecil: Ahmad Maslan
KEMAMAN - UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaannya, bukan hanya Pas, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti, perlembagaan parti itu telah diperkemas dan ditambah baik dengan memasukkan elemen perjuangan Islam.
Iklan
Iklan
"Percayalah kalau mereka kata mereka parti Islam - saya nak sebut di sini, dalam Perlembagan UMNO fasal 3, berbunyi UMNO adalah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, bumiputera, orang asli dan anak Sabah. Itu perjuangan UMNO pada saat dan ketika ini
"Kalau dulu UMNO adalah parti politik untuk kebangsaan Melayu, itu perlembagaan dahulu,” katanya ketika berucap di hadapan penduduk Felda Cherol, di sini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
Iklan
Pada PRK Kemaman, Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang akan berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November ini bagi tarikh mengundi awal, manakala 2 Dis bagi hari mengundi untuk PRK Kemaman, yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada PRU15. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>