Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata retorik - Mapim
Iklan
Tindakan perlu diambil memandangkan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang antarabangsa. - Foto EPA (Gambar kecil: Mohd Azmi)
KUALA LUMPUR - Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata, tindakan perlu diambil memandangkan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang antarabangsa.
Iklan
Iklan
"Sehingga hari ke-43 kebiadaban Israel, dunia masih tidak berdaya untuk menghentikan kekejaman Israel. Israel telah melakukan jenayah perang yang paling serius dengan banyak bukti dan saksi. Jenayah perang Israel di Gaza adalah suatu yang dirancang, bukan respon reaktif,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
"Israel melanggar 28 resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengikat secara sah ke atas Piagam PBB, Artikel 25 (1945); beberapa contoh resolusi - 54, 111, 233, 234, 236, 248, 250, 252, 256, 262, 267, 270, 280, 285, 298, 313, 316, 468, 476 dan sebagainya,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, operasi ketenteraan Israel bukan lagi tentang hak mempertahankan diri, sebaliknya ia adalah pembunuhan beramai-ramai secara terang-terangan.
"Kami menyeru campur tangan tentera PBB dengan segera, tiada rundingan boleh dilakukan lagi sekarang. Peperangan mesti dihentikan sekarang,” katanya dan menambah MAPIM menuntut PBB mengumumkan penempatan tentera pengaman untuk melindungi orang awam dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar tanpa sekatan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>