Gambar profil Fadillah diguna untuk akaun WhatsApp, Telegram dan FB palsu

Iklan
Tangkap layar hantaran di media sosial X Fadillah pada Isnin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau menerusi WhatsApp, Telegram serta Facebook.

Fadillah menerusi hantaran di media sosial X hari ini berkata, beberapa rakannya menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor telefon bimbit +6011-14045313 dengan membuka ‘WhatsApp group’ (kumpulan WhatsApp) dan perkara itu telah dimaklumkan kepada beliau.

"Laporan telah dibuat kepada pihak pengendali aplikasi berkenaan dan semakan menerusi ‘truecaller’ (mendapati) nombor tersebut menggunakan nama Rinoneze,” menurut hantaran itu.

Beliau berkata, pada masa sama, terdapat individu menggunakan gambar beliau untuk membuka akaun palsu Facebook, justeru laporan juga telah dibuat kepada pihak pengendali media sosial berkenaan berhubung perkara itu.

Beliau turut berkongsikan gambar memaparkan akaun palsu Facebook itu menggunakan nama ‘Haji Fadillah Yusof’.

"Untuk makluman akaun rasmi Facebook saya cuma di pautan facebook.com/fadillahyusof1, manakala akaun Facebook peribadi saya cuma facebook.com/fadillah.yusof,” katanya. - Bernama