Terpesona janji untuk kahwin, ibu tunggal rugi lebih RM170,000
Iklan
Terperdaya dengan janji seorang lelaki untuk berkahwin, seorang ibu tunggal berusia 40 tahun di Bentong mengalami kerugian sebanyak RM170,408.50. - Gambar hiasan
KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Terperdaya dengan janji seorang lelaki untuk berkahwin, seorang ibu tunggal berusia 40 tahun di Bentong mengalami kerugian sebanyak RM170,408.50.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang telah menerima laporan polis dari Bentong berkenaan mangsa diperdaya oleh individu yang dikenali di Instagram.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pada Oktober 2023 mangsa telah melayari laman Instagram dan telah berkenalan dengan seorang lelaki Melayu bernama 'Fahad Ramzan'.
"Individu itu kemudiannya telah mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Iklan
Ujar Yahaya, beberapa minggu kemudian, individu itu telah meminjam wang mangsa sebanyak RM1,500 atas alasan untuk membuat pembayaran bil hospital miliknya dan berjanji akan memulangkan semula wang tersebut.
Jelas beliau, sejak itu individu terbabit berterusan meminjam wang mangsa lagi atas pelbagai alasan.
Iklan
"Mangsa telah membuat sembilan kali transaksi bermula pada tarikh 24 Oktober sehingga 14 November lalu dan jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM170,408.50.
"Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan melayan individu tidak dikenali di media sosial dan tidak mudah mempercayai kenalan di media sosial," tambah beliau.
Selain itu juga, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti national scam response center (NSRC) di talian 997 dan portal semak mule sebelum membuat pemindahan wang ke akaun yang tidak dikenali.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>