'Terpaksa minum air masin untuk hilangkan dahaga' - Nurul Ain
Iklan
Nurul Ain menceritakan rakyat Gaza terpaksa minum dan mandi menggunakan air masin akibat sekatan bekalan air bersih oleh rejim Zionis.
KUALA LUMPUR - Sekatan air bersih yang dilakukan oleh rejim Zionis telah mengakibatkan rakyat Palestin terpaksa menggunakan sumber air tapisan yang diragui kebersihan untuk kegunaan harian.
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 37, yang sebelum ini terkandas di Gaza.
Iklan
Iklan
Nurul Ain berkata, sehingga ke hari ini rakyat Palestin berdepan dengan masalah bekalan air bersih.
Menurutnya, selama lebih sebulan berada di Gaza dia hanya sempat menikmati bekalan air bersih selama beberapa hari.
Iklan
"Saya tiba di Palestin pada 1 Oktober dan sebaik sahaja konflik perang tercetus seminggu kemudian (7 Oktober), rejim Zionis telah menyekat secara total bekalan air dan elektrik.
"Kami terpaksa minum air payau (agak masin) untuk hilangkan rasa dahaga dan turut menggunakan sumber air sama untuk mandi.
Iklan
"Saya sendiri tidak yakin dengan air itu, namun apakan daya kami terpaksa menggunakan sumber air yang diragui tapisannya untuk kegunaan harian," katanya kepada Sinar Harian selepas rakaman program Sinar Live bertajuk ‘kisah Gaza yang belum diceritakan’ pada Ahad.
Sebelum ini, Nurul Ain memaklumkan dia pergi ke Gaza untuk bertemu keluarga mentua buat kali pertama selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohamad A Shaat, 33.
Pada 14 November lalu, Nurul Ain dan suami telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah terkandas lebih 42 hari di wilayah berkenaan.
Dalam pada itu, Nurul Ain yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, walaupun sudah lima hari pulang dari wilayah konflik itu, dia tetap dibayangi dengan ketakutan perang.
"Saya tahu kini saya selamat berada di Malaysia tetapi sukar untuk saya lupakan detik-detik hitam yang berlaku bahkan trauma kalau terdengar bunyi bising.
"Kalau dengar bunyi mercun, saya takut kerana ia seolah-olah letupan bom. Jujur, sehingga ke hari ini saya masih lagi trauma dan terbayang bangunan runtuh di depan mata,” ujarnya.
Menyedari ketakutan yang dihadapi itu, Nurul Ain memaklumkan bahawa dia kini sedang menunggu pakar kaunseling daripada Wisma Putra untuk mengatasi segala trauma.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>