Sanggup derma gelang, rantai emas demi Palestin

Iklan
Mohd Nassuruddin (tiga dari kanan) penganjur Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan.

KOTA BHARU - Pelbagai cara rakyat Kelantan membuktikan mereka ikhlas berkongsi duka dan bersolidariti untuk rakyat Palestin termasuk mengorbankan harta mereka.

Terkini, penganjur Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan menerima masing-masing satu cincin emas, gelang emas dan rantai.

Iklan
Iklan

Turut diberikan kepada urusetia sepanjang program malam Sabtu itu ialah satu jam tangan jenama Raldo dan cincin perak permata delima.

Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, jumlah keseluruhan yang dapat dikumpulkan hasil sumbangan rakyat Kelantan ialah lebih RM3.07 juta.

Iklan

Menurut beliau, sumbangan turut membabitkan lebih RM2 juta daripada Tabung Aid4 Palestin manakala RM526,000 daripada Gabungan Usahawan Prihatin Kelantan dan RM400,000 daripada kerajaan negeri.

"Alhamdulillah kita dapat bersama mengumpul jumlah ini dan orang ramai boleh terus menderma kerana kutipan akan dilakukan secara berterusan," katanya.

Iklan

Mohd Nassuruddin turut berucap dalam bahasa Arab dan program berkenaan akan dikongsi bersama rakyat Palestin sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini melancarkan Tabung Solidariti Rakyat Pelestin bagi membantu penduduk Palestin yang kini berhadapan kemusnahan teruk akibat serangan Israel.