Mangsa tahu risiko ditipu
Iklan
Antara rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan kerja dan pemerdangan manusia di Myanmar yang berjaya dibawa pulang awal 2023. (Gambar kecil: Chin Yee Mun)
SHAH ALAM - Jenayah scammer dari luar negara yang memangsakan rakyat Malaysia kini sudah pada tahap 'scamdemic' iaitu virus tersebar sehingga menjadi pandemik tetapi masih ramai menjadi mangsa penipuan lubuk scam meskipun menyedari risikonya.
Kaji selidik dilakukan Pusat Penyelidikan Sosial dan Polisi Tun Tan Cheng Lock, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Akademik Pengajian Islam Komtemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM); dan Huayan Policy Institute (HPI), mendapati, hampir 40 peratus responden pernah berdepan dengan cubaan tipu helah scammer daripada lubuk scam.