Gitar penyanyi Nirvana, Kurt Cobain cecah AS$1.5 juta dalam lelongan
Iklan
SEBUAH gitar milik penyanyi utama kumpulan Nirvana, Kurt Cobain mengutip lebih AS$1.5 juta dalam lelongan di Amerika Syarikat pada Jumaat, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Gitar elektrik ikonik Fender Mustang"Skystang I" berwarna biru yang dimainkan mendiang Cobain semasa jelajah terakhirnya dari 1993 hingga 1994, dijual pada harga lebih AS$1.58 juta dalam satu lelongan di Nashville, Tennessee.