JKM sudah hantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan
Iklan
KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar barangan keperluan seperti makanan serta bantuan lain ke semua pangkalan hadapan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, barangan keperluan itu dihantar dari depoh utama negeri ke pangkalan hadapan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.