Penumpang Perodua Alza maut tercampak nahas dua kenderaan
Iklan
Dua kenderaan yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kem Batu 10, Jalan Kuantan - Gambang di sini tengah malam Jumaat.
KUANTAN - Seorang penumpang maut akibat tercampak keluar dari kenderaan dinaiki selepas dirempuh kereta lain yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kem Batu 10, Jalan Kuantan - Gambang di sini pada tengah malam Jumaat.
Dalam nahas kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Wan Ali Yunus, 64, dari Kg Baru Sri Pandan, Panching Timur di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan itu, dua dilaporkan cedera manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu juru kimpal berusia berusia 44 tahun bersama tiga penumpang dalam perjalanan pulang dari Jaya Gading ke Pancing Timur di sini.
Iklan
"Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa lampu isyarat baru bertukar hijau, pemandu MPV itu membelok ke kanan meneruskan perjalanan.
"Pada masa sama, sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu lelaki berusia 24 tahun dari arah Gambang ke Kuantan dipercayai hilang kawalan dan gagal berhenti ketika lampu isyarat merah lalu terbabas melanggar MPV tersebut.
Keadaan MPV dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kem Batu 10, Jalan Kuantan - Gambang, di sini tengah malam Jumaat.
Iklan
"Akibat rempuhan itu, mangsa yang berada di kerusi belakang MPV terbabit tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ujar beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta Proton Waja dan seorang penumpang MPV yang cedera dihantar untuk menerima rawatan di hospital sama.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>