Strategi penyelesaian ekonomi perlu kreatif, berani - Rafizi

Iklan
Rafizi - Foto Bernama

SHAH ALAM - Strategi penyelesaian ekonomi perlu lebih kreatif dengan menggunakan pendekatan yang berani agar ia boleh membawa manfaat besar kepada rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dengan penggunaan integrasi teknologi, pengaplikasian Internet of Things (IoT) dan pembayaran digital membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk mengubah kehidupan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendapatan peserta di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi model Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dapat menyelesaikan masalah tempat berniaga dan kos tambahan yang tinggi sehingga mengecilkan margin keuntungan mereka.

"Apabila saya lancarkan IPR INSAN menerusi mesin layan diri (vending machine), ramai perlekeh dan mentertawakan usaha peserta yang ingin mengubah kehidupan mereka.

Iklan

"Penggunaan kaedah ini yang difikirkan baru sebenarnya sudah lama diamalkan oleh negara-negara lain,” katanya dalam hantaran di X pada Jumaat.

Pada 26 Februari lalu, IPR yang merangkumi tiga model iaitu INSAN, Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) telah dilancarkan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.

Iklan

Kerajaan menyasarkan 100,000 peserta daripada isi rumah miskin tegar dan golongan B40 yang menyertai IPR, berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dengan kolaborasi bersama rakan strategik Atlas Vending Malaysia Sdn Bhd apat membantu meningkatkan ekonomi rakyat di negara ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak-pihak swasta yang ingin bekerjasama bersama Kementerian Ekonomi dalam menjayakan IPR sebagai rakan strategik,” katanya.