Kemalangan babitkan dua lori, MPV sebabkan kesesakan teruk

Iklan

JASIN - Kemalangan yang melibatkan dua lori dan satu kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 198.2 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jasin ke Ayer Keroh di sini awal pagi tadi menyebabkan kesesakan teruk kira-kira tujuh kilometer.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian kira-kira jam 1 pagi itu membabitkan dua lori iaitu membawa mentega dan barangan sejuk beku selain MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki empat pelancong warga asing.

Iklan
Iklan

"Ia menyebabkan kedua mereka hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pagi Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Jamil berkata, manakala MPV yang dipandu lelaki berusia 34 tahun yang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan kedua-dua lori terbabit.

Katanya, kesemua mangsa dalam kemalangan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Iklan