Anwar bertemu syarikat gergasi teknologi di San Francisco
Iklan
Anwar (tiga dari kanan) mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew. - Foto: Bernama
SAN FRANCISCO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft dan TikTok di sini.
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat besar yang telah memberi pengakuan akan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran,” katanya.
Iklan
Iklan
Anwar berkata, sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat syarikat terbabit untuk melabur di Malaysia.
"Proses kelulusan juga akan memberi keyakinan kepada mereka. Kepantasan kehadiran pelabur baharu akan memberikan satu rekod baharu kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas sesi pertemuan tersebut.
Iklan
Google diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangannya Ruth Porat, Enovix Cooperation diwakili Ketua Pegawai Operasinya Ajay Marathe, Microsoft Asia oleh Presidennya, Ahmed Mazhari manakala TikTok oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shou Zi Chew.
Kawasan San Francisco Bay menjadi tumpuan banyak syarikat Fortune 500 utama untuk bertapak di sini yang mana kebanyakannya adalah firma inovatif dalam pembangunan Kecerdasan Buatan (AI), bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.
Iklan
Perdana Menteri, yang juga merupakan Menteri Kewangan turut menerima kunjungan hormat daripada Rakan Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG, Jim Coulter. TPG merupakan syarikat pengurusan aset alternatif utama global.
Anwar tiba di sini pada Isnin (13 November) bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) dari 14-17 November, yang merupakan lawatan sulung beliau bagi mesyuarat Kerjasama Asia Pasifik (APEC) sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir semasa mesyuarat itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta para pegawai kanan kerajaan yang lain. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>