12 permohonan daripada syarikat swasta sertai IPR - Rafizi
Iklan
Rafizi (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Penyegar Dahaga di Kuala Lumpur.
SEBANYAK 12 permohonan daripada syarikat swasta diterima Kementerian Ekonomi Malaysia untuk bekerjasama dalam program mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Menterinya, Mohd Rafizi Ramli berkata, setakat ini hanya satu syarikat swasta yang bersedia untuk menurunkan harga jualan bagi menyertai bantuan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kita dapat lihat syarikat paling dominan dalam industri ini ialah syarikat pengeluar produk minuman, Etika dan syarikat pengendali mesin makanan dan minuman, Atlas Vending Malaysia Sdn Bhd.
"Pada masa sama, kita ingin melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap mesin RM1 ini,” katanya ketika sidang media pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Penyegaran Dahaga di Majlis Kolaborasi Strategik IPR di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada Rabu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban Thurai Sundaram; Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan; Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualan Sampingan Atlas Vending, Kalithasan Sorhinathan, dan Pengurus Kanan Perhubungan Kerajaan mewakili Etika, Mohd Zurairi Mustafa.
Iklan
Mengulas lanjut mengenai inisiatif tersebut, tambah Rafizi, mesin layan diri dengan harga RM1 itu boleh didapati di lebih 3,000 lokasi dalam negara.
"Ia satu contoh perubahan ekonomi, jadi kita memilih mesin ini sebagai inisiatif untuk membantu rakyat bukan semata-mata kelihatan hebat di dunia.
"Walaupun ia kelihatan tidak menarik, unik atau berteknologi tinggi, tetapi penyediaan minuman menggunakan mesin paling mudah didapati,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>