Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal hingga 22 November
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 November ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu berasaskan kepada harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).