KSAS: Kelantan teliti maklum balas awam
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung bantahan beberapa pihak terhadap pengubahsuaian KSAS. Gambar kecil: Mohamed Fadzli
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan meneliti secara terperinci setiap maklum balas yang diterima daripada orang ramai terhadap cadangan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, laporan berkait maklum balas awam yang dibuat menerusi Program Publisiti dan Penyertaan Awam itu baru berakhir pada Sabtu lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihak kerajaan negeri masih menunggu laporan yang dijangka siap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
"Maklum balas-maklum balas akan dikumpulkan dan kerajaan akan meneliti untuk mengenal pasti mana-mana kawasan yang betul-betul dikatakan KSAS.
Iklan
"Sebelum ini hanya secara umum, jadi kali ini kami akan melihat semula kriteria kawasan KSAS sebab terlalu luas,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Menurut beliau, dalam cadangan pengubahsuaian itu, kerajaan negeri hanya akan meninggalkan mana-mana kawasan yang menepati kriteria KSAS dan selebihnya akan dipertimbang untuk diubah suai.
Iklan
Ujar Mohamed Fadzli, pihaknya menumpukan kepada kawasan yang berpotensi untuk mendapatkan sumber mineral.
"Ubah suai KSAS tidak akan melibatkan seluruh kawasan hutan dan KSAS juga berbeza dengan hutan simpan,” kata beliau.
Sebelum ini akhbar melaporkan, pelbagai pihak antaranya badan bukan kerajaan dan komuniti Orang Asli tampil membantah cadangan itu kerana dibimbangi menjejaskan tanah adat mereka selain mengancam habitat hidupan liar seperti harimau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>