Tiada ejen atau orang tengah bagi urusan JPN
Iklan
JPN telah mengenal pasti beberapa akaun di platform media sosial yang menawarkan khidmat berbayar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang dikeluarkan pihaknya. - Gambar hiasan, gambar kecil: Zamri
KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan, sebaliknya orang ramai boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat, kata Ketua Pengarahnya, Zamri Misman
Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa akaun di platform media sosial yang menawarkan khidmat berbayar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh JPN.
Iklan
Iklan
Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu didapati memanipulasi platform media sosial untuk memperdaya orang awam terutamanya pendatang asing yang baru tiba dan tidak memahami prosedur rasmi pemilikan dokumen pengenalan diri di Malaysia.
"Hasil risikan mendapati modus operandi sindiket ini bermula dengan memaparkan hantaran di Facebook yang menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan di JPN dengan kadar bayaran tertentu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Zamri berkata, hantaran-hantaran itu dipaparkan dalam tempoh jangka masa yang pendek, bagi mengelakkan kegiatan ini dihidu oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, selain mengeluarkan poster peringatan berkaitan scammer di media sosial rasmi JPN, pihaknya juga sentiasa memantau dan melakukan risikan ke atas halaman atau akaun media sosial yang didapati cuba menipu masyarakat dengan menggunakan nama jabatan itu.
Iklan
"Pengguna media sosial boleh mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib terhadap sebarang halaman yang meragukan dan bertentangan dengan garis panduan komuniti platform media sosial berkenaan bagi mengelakkan lebih ramai pihak terpedaya.
Orang ramai boleh merujuk soalan-soalan lazim di laman web rasmi JPN melalui pautan www.jpn.gov.my/my/soalan-lazim/soalan-lazim atau hubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>