Beto Kusyairy kemalangan sertai konvoi

Iklan
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal pada Isnin. - Gambar/ IG beto_kusyairy

IPOH - Seorang pelakon, Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean ke Masjid Negeri Perak di Ipoh pada Isnin.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku berhampiran Ladang Bikam, Sungkai yang turut melibatkan seorang lagi peserta konvoi berkenaan.

Iklan
Iklan

Lagenda rock tanah air, Datuk Awie yang mengetuai konvoi tersebut mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Insiden kemalangan itu tak berapa serius. Ada dua orang terlibat," katanya ringkas kepada pemberita berhubung insiden tersebut.

Iklan

Beliau ditemui selepas program Solidarity Ride Free Palestine WMGS Asean ke Masjid Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Isnin.

Terdahulu seramai lebih 300 peserta konvoi tiba di Masjid Negeri Perak kira-kira jam 7.30 malam sempena program berkenaan.

Iklan

Biarpun hujan sepanjang perjalanan, konvoi berkenaan tetap diteruskan melibatkan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi yang lain.

Hadir sama menyambut ketibaan konvoi berkenaan, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi; Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin dan Imam Utama Masjid Negeri Perak, Ridzuan Zaidin.