PRK Kemaman: BN Terengganu sebulat suara sokong calon langsung
Iklan
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) hari ini mengumumkan Raja Mohamed Affandi (tiga dari kiri) sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, yang diumumkan sebagai calon langsung parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini.
Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, pihaknya yakin, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan diterima baik oleh pengundi di Parlimen Kemaman, berdasarkan ketokohannya yang banyak berjasa terhadap keselamatan negara.
Iklan
Iklan
"Meskipun beliau (Raja Mohamed Affandi) anak kelahiran Besut, beliau tinggal lama di Kemaman, sejak di sekolah rendah, jadi dalam tempoh berbelas tahun beliau menetap di Kemaman saya yakin beliau boleh diterima baik oleh pengundi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu di Kuala Lumpur hari ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Raja Mohamed Affandi, 66, merupakan calon langsung BN bagi PRK Kemaman.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini, manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 November dan 28 November.
PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.
Iklan
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, turut menyatakan sokongan penuh dan yakin akan kebijaksanaan pucuk pimpinan BN dalam meletakkan Raja Mohamed Affandi sebagai calon.
"Kita serahkan kepada kebijaksanaan rakan komponen kita (BN) kerana mereka yang membuat petisyen PRU15 lepas, jadi memang lah pilihan pertamanya mereka yang akan letakkan calon,” katanya.
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, kedua-dua komponen PH dan BN Terengganu telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi melakukan persiapan rapi menghadapi PRK Parlimen Kemaman.
Beliau berkata, jentera PH daripada peringkat nasional akan turut bersama-sama ‘berkampung’ di Kemaman sepanjang tempoh berkempen, kelak. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.