Peneroka Felda tanggung rugi jika harga gula kekal rendah

Iklan
Ahmad Shabery - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan pada RM2.85 sekilogram.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jika keadaan itu berterusan dan harga gula kekal rendah, ia akan menyebabkan warga peneroka terpaksa menanggung kerugian berterusan.

Iklan
Iklan

Ahmad Shabery berkata ini berikutan, mereka merupakan pemegang saham FGV Holdings Berhad (FGV) dan Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF), yang memegang saham utama syarikat pengeluar gula utama negara MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM).

"FGV serta KPF masing-masing pemegang saham sebanyak 51 peratus dan 15.27 peratus syarikat MSM dan dalam masa yang sama warga Felda merupakan pemegang saham untuk dua syarikat itu.

Iklan

"Isu besar (sekarang) adalah harga gula mentah yang melambung tinggi, pada 2020 harga gula mentah kos RM200 per tan, sekarang dah meningkat berkali ganda kepada RM600 per tan.

"Mahal macam mana pun, kos harga siling gula yang dijual kepada orang ramai adalah RM2.85 (sekilogram),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Iklan

Katanya, ia menyebabkan MSM mengalami kerugian besar dan tidak dapat memberi pulangan yang sepatutnya kepada FGV dan KPF, contohnya pada 2022 apabila kerugian mencecah RM178 juta yang memberi impak besar kepada warga Felda.

Selain itu, katanya, harga gula standard di negara ini jauh lebih rendah berbanding negara di rantau Asia seperti Thailand yang menjual gula pada RM3.90 hingga RM4 sekilogram.

"Bayangkan subsidi RM1 sekilogram, itu (jumlah) besar.

"Tidak adil sekiranya mereka terus menanggung subsidi itu,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau berharap kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya warga peneroka tidak terus dibelenggu menanggung subsidi gula dan Felda akan berunding dengan kerajaan untuk mencari mekanisme terbaik dalam menyelesaikan isu berkenaan. - Bernama