Minta rasuah RM8,000, dua pegawai penguat kuasa ditahan SPRM

Iklan

KOTA KINABALU - Dua pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman seorang individu atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 7 malam Khamis di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek yang bertugas di sebuah daerah di negeri ini dipercayai meminta wang rasuah itu pada 4 Oktober lalu yang mana RM2,000 telah diberikan pada 17 Oktober 2023 kepada salah seorang suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan kedua-dua mereka direkodkan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.