Warga emas hilang simpanan RM120,000 kerana penipuan tiket loteri
Iklan
Lelaki warga emas mengalami kerugian RM120,000 selepas menjadi mangsa penipuan tiket loteri. - Gambar hiasan
SIBU - Seorang lelaki warga emas dari Kanowit mengalami kerugian RM120,000 selepas menjadi mangsa penipuan tiket loteri bersemuka di sini awal bulan ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa berumur lewat 70-an itu memberitahu dia pada mulanya didatangi seorang lelaki dan dua perempuan tidak dikenali semasa berada di tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Kanowit.
Iklan
Iklan
"Suspek lelaki berkenaan memberitahu bahawa mangsa telah memenangi loteri dan salah seorang suspek perempuan kemudian meminta nombor akaun bank mangsa untuk digunakan bagi tujuan kemasukan wang kemenangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Mohd Azman berkata, warga emas itu diminta menyerahkan RM120,000 terlebih dahulu kepada mereka, sebelum wang kemenangan loteri itu dapat dimasukkan pada hari kemudiannya.
Iklan
"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan akaun di sebuah institusi kewangan di Sibu beberapa hari kemudian, dan mendapati tiada kemasukan wang berjumlah RM300,000 seperti yang dijanjikan oleh ketiga-tiga suspek.
"Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Iklan
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>