Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan

Iklan
Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri.

SHAH ALAM - Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkenaan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 7.20 petang pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Setakat ini polis telah menerima lima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Jumaat lalu, seorang pelajar sebuah kolej swasta diberkas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini.

Iklan

Suspek yang merupakan tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu dipercayai terlibat dalam kes cabul melibatkan beberapa kanak-kanak perempuan di pusat berkenaan.

Iklan