Nuri Kid #QuranHour didik kefahaman al-Quran

Iklan
Peserta yang menyertai program Kids #QuranHour bergambar di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam kelmarin. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Seramai 100 kanak-kanak menyertai program sempena cuti sekolah, Nuri Kid #QuranHour di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda di sini kelmarin.

Program anjuran Bank Rakyat dengan kerjasama Sinar Harian itu pertama kali diadakan bagi menerapkan kefahaman al-Quran dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia mereka.

Iklan
Iklan

Inisiatif Bank Rakyat menaja program berkenaan adalah untuk menggalakkan kanak-kanak yang juga ahli Kelab Nuri supaya dapat menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan al-Quran.

Pengurus Perhubungan Strategik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Nurhayati Nordin berkata, usaha Bank Rakyat selaku penaja utama program Nuri Kid #QuranHour dengan hasrat memberikan input al-Quran kepada peserta di peringkat sekolah rendah ialah langkah yang luar biasa.

Program Kids#QuranHour bertujuan menggalakkan kanak-kanak yang juga ahli Kelab Nuri supaya dapat menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan al-Quran. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

Beliau berkata, kanak-kanak ialah nadi terpenting dan aset yang bakal mencorak masa depan negara berteraskan panduan al-Quran dan sunah.

"Program ini mengambil solusi daripada al-Quran merupakan kaedah yang terbaik bagi menangani apa juga bentuk persoalan yang berkisarkan dengan kehidupan sama ada pada peringkat keluarga, organisasi mahupun negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Nizam Abu Samah.

Peserta program Kids#QuranHour sibuk mewarna pada pertandingan mewarna yang diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam kelmarin. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sementara itu, Pengurus Grup Pengiklanan Kumpulan Karangkraf, Noor Shazlina Addenan berkata, pemilihan WUIF sebagai rakan sinergi pada program Nuri Kid #QuranHour adalah sangat bertepatan.

"Program sebegini memberi fokus pemahaman terhadap al-Quran dan aktiviti untuk mengisi masa lapang pada musim cuti sekolah.

"Insya-ALLAH, jika ada maklum balas yang baik daripada pihak penaja, kita akan teruskan lagilah program ini pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, lebih 1,000 pelajar di seluruh Malaysia menerima sumbangan makanan bernutrisi menerusi CSR Bank Rakyat menerusi kad Nuri Nutrisi yang diserahkan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk menerima bantuan makanan di sekolah selama tiga bulan.

Peserta kanak-kanak membaca surah dalam al-Quran. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Program Nuri Nutrisi adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) bagi membasmi kemiskinan dan kelaparan serta menjamin kesihatan dan kesejahteraan.

Program berkenaan bertujuan mencorakkan kehidupan lestari masyarakat setempat dengan pelbagai usaha bagi meningkatkan status nutrisi masyarakat terutama golongan kanak-kanak yang memerlukan makanan berkhasiat bagi merangsang proses tumbesaran mereka.