Jepun kesan radioaktif cesium lebihi had dalam cendawan tempatan

Iklan
Paras radioaktif cesium berlebihan dikesan dalam cendawan yang ditanam di wilayah Yamanashi Jepun. - Gambar hiasan

TOKYO - Paras radioaktif cesium berlebihan dikesan dalam cendawan yang ditanam di wilayah Yamanashi Jepun, lapor Xinhua memetik laporan kerajaan pada Selasa.

Ujian ke atas sampel Cortinarius caperatus, sejenis cendawan yang boleh dimakan mencatatkan bacaan cesium pada tahap 150 becquerel sekilogram (Bq/kg), menurut laporan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan yang dimuat naik di laman sesawang rasminya.

Iklan
Iklan

Di Jepun, paras cesium yang dibenarkan pada produk makanan am adalah 100 Bq/kg.

Menurut laporan itu, ujian dijalankan pada 15 Oktober dan cendawan itu tidak diedarkan di pasaran.

Iklan

Kementerian itu kerap menerbitkan keputusan ujian bahan radioaktif dalam makanan yang dijalankan oleh 14 kerajaan wilayah di utara dan timur Jepun selepas loji janakuasa nuklear Fukushima lumpuh akibat gempa bumi. - Bernama

Iklan