Lebah ‘serang’ perlawanan bola sepak

Iklan
Beberapa pemain terpaksa meniarap di tepi padang selepas mereka diserang lebah.

DODOMA - Satu kejadian pelik berlaku ketika perlawanan bola sepak di Tanzania baru-baru ini.

Sekawan lebah dilaporkan menyerang padang hingga mengganggu tumpuan pemain terdiri daripada pasukan tempatan, FC Young Africans (Yanga) dan Iringa United ketika insiden di Stadium Uhuru, Dar es Salaam pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Kumpulan serangga tersebut dikatakan memasuki kawasan stadium terbabit ketika perlawanan masuk minit ke-53.

Beberapa pemain turut disengat lebah berkenaan hingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan selama 10 minit.

Iklan

Difahamkan, hanya bintang Yanga, Ali Mtoni Sonso cedera dan diberi rawatan sebelum kembali semula ke padang.

Keadaan bertukar kecoh apabila kumpulan lebah itu juga menyerang penonton hingga mereka terpaksa melarikan diri.

Iklan

Selepas keadaan kembali reda, perlawanan itu bersambung semula dan menyaksikan FC Young Africans menang 4-0. - Agensi