Lelaki lepas tembakan ke udara, lapangan terbang Hamburg ditutup

Iklan
Pasukan keselamatan merangkumi pegawai dan anggota dikerahkan secara besar-besaran untuk mengawal keadaan di lapangan terbang Hamburg pada Sabtu. - AP

HAMBURG - Lapangan Terbang Hamburg ditutup selepas seorang lelaki bersenjata merempuh premis itu dan melepaskan dua das tembakan ke udara, kata jurucakap polis persekutuan Thomas Gerbert pada petang Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam (1900 GMT), seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar dengan kenderaannya dan meluru ke anjung lapangan terbang, katanya kepada agensi berita Jerman (dpa).

Iklan
Iklan

Lelaki itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke udara. Dua kanak-kanak dipercayai berada dalam kenderaan terbabit.

Isteri lelaki itu sebelum ini dilaporkan telah menghubungi polis mengenai kemungkinan penculikan anak-anaknya.

Iklan

Polis peringkat negeri dan persekutuan dikerah ke lokasi kejadian, kata Gerbert.

Lapangan terbang yang sama pernah ditutup pada Oktober kerana ancaman serangan ke atas penerbangan dari Tehran ke Hamburg. - Bernama

Iklan