Keputusan pengadil memalukan - Arteta

Iklan
Reaksi pemain Arsenal selepas tewas kepada Newcastle United. - Foto EPA

NEWCASTLE United menamatkan rentak tanpa kalah Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila VAR secara kontroversi membenarkan jaringan Anthony Gordon membolehkan Magpies menang 1-0 pada Ahad.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu tewas buat kali pertama dalam 11 perlawanan liga, dengan pengurus Arsenal itu melabelkan kekalahan itu sebagai memalukan.

Iklan
Iklan

Joelinton jelas menolak pertahanan Arsenal, Gabriel ketika kedua-dua pemain itu cuba memenangi hantaran silang Joe Willock, sebelum bola jatuh kepada Gordon untuk menjaringkan gol dari jarak dekat.

Arsenal juga mendakwa bola telah keluar sebelum hantaran lintang Willock dalam aksi di St James' Park itu.

Iklan

"Saya sudah 20 tahun di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan," kata Arteta.

Hanya beberapa hari selepas mereka tersingkir daripada Piala Liga di West Ham, kekalahan kedua berturut-turut Arsenal adalah satu tamparan yang menyakitkan untuk memburu kejuaraan.

Iklan

Anak buah Arteta berada di tempat ketiga, tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, dengan Tottenham mampu untuk naik ke kedudukan teratas jika mereka menewaskan Chelsea pada Isnin.

Bagi Newcastle, kemenangan itu satu lagi aksi membanggakan selepas menyingkirkan Manchester United daripada Piala Liga di Old Trafford pada Rabu.

Pengendali Newcastle, Eddie Howe tidak bersetuju dengan penilaian Arteta dan berkata:"Saya tidak melihat apa-apa selain daripada apa yang saya lihat pada masa itu. Ia kelihatan satu keputusan yang baik kepada saya.

"Ia adalah kemenangan besar, kredit penuh kepada pemain," katanya.