LIVERPOOL - Seorang remaja yang disyaki menunggang motosikal curi maut selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Allerton malam tadi.
Jurucakap polis Merseyside berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 18 tahun itu sedang menunggang motosikal dengan seorang lagi rakannya yang juga berusia 18 tahun sebelum bertembung dengan kereta jenis Volkswagen yang turut membawa dua orang kanak-kanak.
Iklan
Iklan
Katanya, suspek dipercayai telah meronda dengan rakannya yang menunggang sebuah lagi motosikal menuju ke Booker Avenue dan kedua-dua mereka dikatakan tidak memasang lampu sehingga menyebabkan kemalangan itu berlaku pada jam 8.40 malam.
"Begitupun seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di hospital. Manakala dua orang anak pemandu kereta terbabit yang berusia sembilan dan 11 tahun tidak berdepan kecederaan," katanya.
Sementara itu, polis berkata, saksi-saksi kejadian melaporkan bahawa kedua-dua motosikal tidak memasang lampu dan pihaknya kini sedang melakukan siasatan termasuk mendapatkan bantuan daripada rakaman CCTV di kawasan berkenaan. - Agensi