Polis siasat video gaduh libatkan penghantar makanan dan 'pak guard'

Iklan
Tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan yang tular menerusi satu video di media sosial pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih lagi dijalankan.

Iklan
Iklan

"Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota di sini.

Iklan

Menerusi hantaran video terbabit, pergaduhan tercetus apabila penghantar barangan itu didakwa tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan.

Bagaimanapun, jelas hantaran video itu, pelanggan penghantar barangan terbabit tetap bertegas supaya penghantar itu masuk ke bangunan berkenaan.

Iklan