Azmin gesa rakyat Malaysia tolak ketaksuban, ekstremisme
Iklan
KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Malaysia untuk menolak ketaksuban, ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.
Dalam perutusan Hari Krismas beliau hari ini, Mohamed Azmin berkata, setiap individu perlu menyemai semangat persefahaman, kesederhanaan dan saling menghormati kerana keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil belas ihsan, toleransi dan saling memahami dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai.