Arab Saudi mampu jadi tuan rumah terbaik Piala Dunia - Eddie Howe
Iklan
PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe menjangkakan Piala Dunia di Arab Saudi berlangsung dengan baik selepas The Magpies berkunjung ke negara tersebut sebelum ini.
Dengan Australia memutuskan tidak memasukkan bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka mengumumkan Arab Saudi, negara yang satu-satunya menawarkan diri menganjur temasya besar bola sepak itu.