Kuda mati dilanggar pacuan empat roda
Iklan
Gambar tular memaparkan lokasi kejadian seekor kuda mati dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam arah Selayang pada Selasa.
GOMBAK - Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam arah Selayang dekat sini pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kenderaan jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dari arah Antara Gapi menghala ke Sri Gombak
Iklan
Iklan
"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu bersama penumpang kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kuda tersebut mati di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Iklan
Iklan
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mohd Sakri Mat di talian 019-9145899 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa nafi semua dakwaan berkait isu pengurusan jenazah anak"><meta itemprop="description" content="Bapa nafi semua dakwaan berkait isu pengurusan jenazah anak
"Saya menafikan semua dakwaan terbabit termasuk tuduhan menggunakan permit palsu dan tidak pernah meminta mana-mana pihak masjid menguruskan jenazah anak saya."
Itu tegas Mohd Hasrul Ghazali, bapa kepada Allahyarham Siti Adawiyah yang tampil menjelaskan keadaan sebenar susulan kontroversi berhubung urusan pengebumian anaknya yang tular di media sosial baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785590/berita/semasa/bapa-nafi-semua-dakwaan-berkait-isu-pengurusan-jenazah-anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isukebumi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-28T10:25:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P179S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajgz2e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajgz2e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajgz2e"></script>