Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Iklan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari ini. Foto hiasan
KETEGANGAN geopolitik yang meningkat di Timur Tengah terus merangsang aset-aset selamat dengan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari ini.
Seorang penganalisis berkata, pasaran emas global juga mendapat rangsangan daripada tanda-tanda inflasi AS yang mereda yang mencetuskan harapan untuk terhentinya seketika kitaran kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada mesyuarat Rizab Persekutuan selama dua hari yang berakhir Rabu.
Iklan
Iklan
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2023 naik kepada AS$1,995.00 setiap auns troy daripada AS$1,987.80 pada Jumaat, November 2023 melonjak kepada AS$2,005.00 daripada AS$1,997.80 dan Disember 2023 bertambah kepada AS$2,015.50 daripada AS$2,008.30.
Kontrak untuk Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya pada AS$2,023.80 setiap auns troy.
Iklan
Jumlah dagangan bagaimanapun merosot kepada 39 lot daripada 219 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 240 kontrak daripada 409 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$1,982.90 setiap auns troy seperti yang ditetapkan oleh London Bullion Market Association pada 27 Oktober. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>