Transisi demokrasi pemilihan ketua negara
Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kiri) pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.
SHAH ALAM - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-17 memperlihatkan transisi proses demokrasi Raja-Raja Melayu dalam sistem monarki untuk memilih ketua negara.
Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, proses itu juga menggambarkan wujudnya kestabilan dalam sistem pentadbiran Malaysia dan menjadi satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan kaedah ini.