Hati-hatilah andai ibu mula diam dan menutup mata dengan kehidupan anaknya

Iklan
BERJAGA-JAGALAH dengan setiap tindak-tanduk kita sehingga membuatkan ibu atau bapa diam dan enggan mengendahkan kehidupan anak-anaknya. -Gambar hiasan

PERASAN atau tidak, kita dibesarkan dengan leteran ibu yang tidak pernah jemu memberi nasihat dan ketegasan seorang bapa. Tanpa disedari, semua pesanan yang dititipkan oleh kedua-dua orang tua melekat kuat dalam ingatan.

Apabila mahu melakukan sesuatu yang pelik atau nakal, fikiran pasti akan terarah kepada insan yang sudah banyak berkorban kepada kita.

Iklan
Iklan

Walaupun ada dalam kalangan anak yang sudah dewasa, sifat ibu dan ayah tetap sama. Mereka masih menegur anak walaupun sudah berkahwin.

Sebagai anak, berlapang dadalah menerima nasihat mereka. Jangan meninggikan suara walaupun tidak suka dengan cara mereka berbuat demikian.

Iklan

Kelak, apabila kedua-dua insan kesayangan kita tiada lagi di dunia, rasa menyesal pasti terbuku dalam hati.

Pendakwah Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, sifat itu sememangnya begitu iaitu sentiasa ingin memberi nasihat dan teguran.

Iklan

USTAZAH ASMA'

"Apabila seorang ibu cakap ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’, berhati-hatilah.

"Kalau seorang ibu mula diam, mula tak bersuara, mula tidak mahu berkata apa-apa lagi untuk kehidupan anaknya, maka sebenarnya anak ini telah terputus laluan ataupun perantaraan rezeki daripada ALLAH, rahmat daripada ALLAH dan pertolongan daripada-NYA,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang sudah tua, Ustazah Asma’ menitipkan pesanan berharga buat renungan bersama.

Beliau menjelaskan, semua itu ujian buat kita kerana pada usia sebegitu, adakalanya ada sahaja suatu perkara yang tidak ‘kena’ pada mata mereka, menyebabkan orang tua kita bersuara.

INGATLAH pengorbanan orang tua kita yang sabar melayan karenah kita dan mendidik anaknya sehingga dewasa. -Gambar hiasan

"Begitulah yang berlaku kepada kita esok apabila tua. Bila kita tua, sampai masa akal kita mula ‘separuh’.

"Sebab itu hari ini bekalan kita sabar dengan anak. Walaupun kita diuji dengan anak, menantu atau cucu, jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka,” titipnya.