Warga Thailand ditahan, 12,000 pil yaba dirampas

Iklan
Seorang lelaki warga Thailand dicekup bersama 12,000 biji pil yaba dalam serbuan di pangkalan haram Kuala Tat, di sini pada Selasa. - Gambar hiasan

TUMPAT - Seorang lelaki warga Thailand dicekup bersama 12,000 biji pil yaba dalam serbuan di pangkalan haram Kuala Tat, di sini pada Selasa.

Suspek tersebut ditahan pada jam 6.30 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Ibrahim Husin berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 48 peket plastik warna biru dan merah jambu (12) mengandungi dadah.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu membawa kepada penemuan 12,000 biji pil yaba yang bernilai RM132,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Iklan

Ibrahim memberitahu, suspek direman seminggu bermula Rabu bagi membantu siasatan.

Kata beliau, polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang

maklumat berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah untuk menyalurkannya dengan menghubungi IPD Tumpat di talian 09-7257222 atau di balai-balai yang berdekatan.