3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada

Iklan

OTTAWA - Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada, lapor Xinhua pada Selasa.

CTV News melaporkan, pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Sault Ste. Marie, Ontario dan menemukan seorang individu berumur 41 tahun meninggal dunia akibat ditembak.

Kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa mengenai insiden tembakan, kira-kira tiga kilometer daripada lokasi kejadian pertama.

Iklan

Polis kemudian menemukan seorang lelaki berusia 45 tahun dan tiga kanak-kanak berumur enam, tujuh dan 12 tahun maut dengan kesan tembakan.

Penyerang berusia 44 tahun juga ditemukan maut, menurut laporan itu.

Iklan

Sementara itu, polis tempatan berkata, kedua-dua kes itu mempunyai kaitan dan dipercayai berpunca daripada keganasan pasangan intim. - Bernama-Xinhua