GoAir batal 18 penerbangan domestik

Iklan
GoAir telah mengambil langkah sewajarnya untuk meminimumkan kesulitan yang dihadapi penumpangnya. Foto: Agensi.

MUMBAI - GoAir telah membatalkan 18 penerbangan domestik termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata dan Patna kerana didakwa tidak mempunyai pesawat dan krew yang mencukupi.

Menurut sumber, pengendali penerbangan tambang murah itu turut melaporkan beberapa insiden yang melibatkan gangguan enjin terutamanya pada pesawat A320 Neo sehingga menyukarkan operasi perkhidmatan mereka.

Iklan
Iklan

"GoAir telah membatalkan penerbangan 18 penerbangan dari Mumbai, Goa, Bengaluru, Delhi, Srinagar, Jammu, Patna, Indore dan Kolkata bermula hari ini.

"Pembatalan itu berlaku datang ketika syarikat penerbangan tersebut sedang menghadapi masalah pesawat dan krew," kata sumber itu.

Iklan

Begitupun, GoAir dalam satu kenyataannya berkata, gangguan perkhidmatan itu adalah disebabkan oleh protes terhadap Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) selain masalah krew operasi namun syarikat penerbangan itu tidak menyatakan jumlah penerbangan yang terjejas.

"Gabungan faktor-faktor seperti cuaca buruk, penglihatan rendah dan protes anti-CAA di beberapa bahagian negara telah mengganggu pelbagai penerbangan di seluruh rangkaian GoAir. Ini lebih teruk lagi dengan keterbatasan waktu bertugas krew penerbangan (FDTL).

Iklan

"GoAir sedang berusaha untuk meminimumkan kesulitan yang dihadapi penumpangnya dengan memberi pilihan pembatalan dan tempahan semula secara percuma kepada pelanggan yang terlibat," kata jurucakap dalam kenyataan itu. - Agensi.