Rakan maut gara-gara BMW dipandu melulu

Iklan
Seorang maut manakala seorang warga emas cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 15 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dekat sini, Ahad lalu.

SERDANG - Tindakan seorang lelaki memandu dalam keadaan melulu mengakibatkan rakannya maut manakala seorang warga emas cedera dalam kejadian di Kilometer 15 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki terbabit memandu sebuah kereta jenis BMW sebelum merempuh bahagian belakang Honda CRV dari arah Putrajaya menghala Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian diterima pihaknya menerusi kaunter pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serdang kira-kira jam 3.05 petang.

"Kenderaan terbabit kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda CRV," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, pelanggaran mengakibatkan Honda CRV yang dipandu seorang warga emas berumur 71 tahun terbabas ke kiri jalan.

"Kereta dinaiki mangsa pula terbabas di tengah jalan mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.

Iklan

"Mangsa kemudiannya disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu Honda CRV mengalami kecederaan di bahagian leher," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.