Mapim tuntut PBB ambil tindakan tegas terhadap Israel
Iklan
Mohd Azmi
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak tegas terhadap Israel yang melakukan kempen pembunuhan di Gaza dan Tebing Barat.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, PBB mesti menguatkuasakan undang-undang antarabangsa mengenai jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Israel dilihat tidak mengendahkan gesaan untuk gencatan senjata sebaliknya meningkatkan pengeboman terhadap orang awam di Gaza yang kini mengorbankan lebih 5,000 nyawa dengan hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.
Menurutnya, PBB juga dilihat tidak berdaya memaksa satu-satunya lintasan di Rafah dibuka untuk bantuan kemanusiaan dihantar kepada dua juta penduduk Gaza.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, kehadiran tentera PBB untuk menjaga keamanan dan melindungi orang awam kini lebih mendesak.
"Tanggungjawab PBB menjaga keamanan di Gaza adalah sangat mendesak. Kini nyawa orang awam di Gaza dan Tebing Barat berada di tangan PBB,” katanya menerusi kenyataan hari ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>