AMK Johor kecewa tohmahan terhadap Wan Azizah

Iklan
AMK Johor kecewa dengan tohmahan yang mengaitkan Wan Azizah dengan isteri Perdana Menteri Israel.

JOHOR BAHRU - Pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor kecewa dengan tohmahan terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mengaitkan beliau dengan isteri Perdana Menteri Israel.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin, AMK Johor mendedahkan bahawa tohmahan itu dibuat sewaktu perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Amerika Syarikat 21 September lalu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media itu lagi, perjumpaan tersebut merupakan sebuah tradisi yang diadakan sebagai pentas meraikan semangat demokrasi untuk isteri-isteri pemimpin dari setiap negara untuk beramah mesra dan berkongsi pandangan terhadap isu-isu semasa.

"Majlis tersebut turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Turkiye, Emine Erdogan yang dilihat mesra dengan Wan Azizah.

Iklan

"Bagaimanapun, situasi itu cuba diputar belit kononnya Wan Azizah akrab dengan isteri Perdana Menteri Israel, Sara Nentanyahu.

Sementara itu dalam kenyataan media itu juga, pihak AMK Johor menegaskan bahawa sehingga ke hari ini kerajaan telah berjaya menyalurkan dana lebih RM10 juta bagi membantu kegiatan kebajikan dan kemanusiaan di Palestin.

Iklan

Justeru menurut kenyataan media tersebut, kejayaan menyalurkan dana tersebut secara keseluruhannya membuktikan ketekunan kerajaan Malaysia dalam membantu negara Islam yang memerlukan bantuan di peringkat antarabangsa.

"AMK Johor juga mengharapkan agar semua pihak menjunjung semangat politik matang dan tidak menggunakan isu sensitif untuk kepentingan politik masing-masing.

"Selain itu AMK Johor juga secara konsisten menyatakan solidariti terhadap saudara di Palestin dan menyokong segala inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan,” katanya.