Polis cekup kaki ‘skodeng’ di Masai

Iklan

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dengan perbuatan mengintai di tandas wanita di sebuah pasar raya di Taman Dahlia, Masai dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis telah mengesan satu video tular berdurasi dua minit 11 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook mengenai seorang lelaki yang mengintai di tandas wanita sebuah pasar raya dekat sini.

Iklan
Iklan

"Pihak polis kemudiannya telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang diserahkan oleh orang ramai. Hasil semakan mendapati, suspek yang berusia dalam lingkungan 23 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen kesalahan yang sama hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun.

Iklan

Sementara itu Mohd Sohaimi berkata, permohonan reman ke atas suspek juga akan dipohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru pada 23 Oktober 2023 untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara.

Iklan

"Sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.