'Jangan tebuk kapal tenggelamkan kerajaan sendiri' - Abdul Hadi
Iklan
Ahli Pas diingatkan tidak menjadi penebuk kapal yang mahu menenggelamkan kerajaan yang dikuasai parti itu. - Foto Facebook Haji Hanafiah Mat
SHAH ALAM - Ahli Pas diingatkan tidak menjadi penebuk kapal yang mahu menenggelamkan kerajaan yang dikuasai parti itu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, apa jua kelemahan parti perlu diperbaiki bukannya bertindak mendedahkannya kepada lawan.
Iklan
Iklan
"Ada juga ahli parti nak jadi penebuk kapal, ini tidak boleh. Jangan... kita kena pertahan parti kita perintah. Sebarang kelemahan kita tolong. Jangan dedah kelemahan itu... selesaikan kelemahan itu, jangan menolong musuh dan lawan.
"Ini terpakai di semua peringkat, khususnya calon muslimat yang menang. Muslimat kita tahu, peranan wakil rakyat sangat terbatas, ada tugas lain yang besar," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini pada Ahad.
Iklan
Tambah beliau, setiap cawangan perlu memainkan peranan membantu sebagai wakil rakyat.
"Begitu juga kawasan wakil rakyat yang lemah, tiada kemampuan... ini penting untuk menjaga kerajaan yang memerintah,” katanya.
Iklan
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan kerajaan tidak boleh bertindak zalim dan membalas dendam kepada musuhnya.
Beliau mendakwa, Pas sudah berulang kali ditindas dan dizalimi, namun parti itu tetap bersabar dan menganggap ia sebagai 'pendidikan dalam perjuangan'.
"Kita sabar, kita anggap itu pendidikan dalam perjuangan kita. Jangan jadi macam Pakatan Harapan, membawa naratif, memutar belit kezaliman.
"Tak nampak zalim, padahal buat zalim, menguar-uarkan keadilan, tata kelola yang baik dan sebagainya,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>