KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan menerima tambahan sebanyak RM3 bilion hasil tahun depan melalui peningkatan lapan peratus terhadap kadar cukai perkhidmatan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, jumlah tersebut merupakan anggaran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF).