ATM nafi hantar anggota tentera ke Palestin

Iklan
Video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022 kembali tular di media sosial.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan penglibatan anggota tentera ke Palestin seperti yang ditular menerusi platfrom Tik Tok, pada Ahad.

Markas ATM, dalam kenyataan malam Ahad, mengesahkan ia adalah video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022.

Iklan
Iklan

Markas ATM memaklumkan video berdurasi seminit 36 saat itu, disiarkan menerusi akaun milik @adamjohan64 (https://www.tiktok.com/@adamjohan64/video/7289646712036150530?_r=1&_t=8gWzupPDTke ).

"ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Iklan

Markas ATM meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

"Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan